Jangan terlalu defensif, usah juga kerap menyerang -Puteri Umno

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua pihak perlu meletakkan kepentingan parti Umno lebih utama selain tidak terlalu bersikap defensif dalam menghadapi serangan pembangkang.

Ketua Puteri Umno, menasihatkan ahli-ahli parti itu menguasai media sosial untuk menarik orang yang di luar parti untuk bersama perjuangan Umno sekali gus tidak terlalu defensif dan tidak menyerang.

Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan ahli-ahli parti agar kembali kepada perjuangan asal serta mengaplikasi media sosial bagi menarik lagi sokongan masyarakat untuk bersama Umno.

“Kita selesaikan masalah dalaman jika ada dalam parti, cuba tarik orang yang di luar daripada Umno agar lebih ramai bersama dengan perjuangan kita.

“Kita harus menguasai media sosial dan tidak terlalu defensif, tidak menyerang dan sebagainya.

“Kita di dalam Umno jarang menyerang parti-parti lain kerana diajar dan diasuh begitu… kita bukannya diajar untuk datang dan menyerang tapi Umno diajar bagaimana hendak menjadi pemimpin yang lebih baik namun kita tidak boleh terus defensif,” lapor Umno Online.

Seterusnya, Nurul Amal percaya bahawa Umno akan bangkit semula kerana parti ini mempunyai struktur paling kukuh dan mantap.

“Kita percaya apa saja yang dilontarkan dan pelbagai tohmahan pada Umno dan ahli-ahlinya, namun yakin suatu hari nanti Umno akan pasti bangkit.

“Parti ini berstruktur dan juga memiliki pengikut-pengikut di bawah iaitu ahli-ahli akar umbi yang mempunyai kekuatan, tegas, membawa pendekatan, idea serta cadangan baharu serta pernah berjaya malah banyak berjasa kepada rakyat,” katanya lagi.

Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan ahli-ahli sayap terutamanya Puteri Umno agar terus konsisten dengan mengaplikasi media sosial serta terus mendekati rakyat.

“Saya selalu menekankan pada semua ahli Puteri Umno agar memanfaatkan media sosial kerana ianya adalah alternatif yang terbaik untuk mendekati generasi muda sekali gus mendengar suara hati mereka dan menjadi satu medan utama untuk dekati rakyat di luar sana,” ujarnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat