PAU Disusun Menjadi Suara Presiden – Tun Faisal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Di sebalik kemeriahan Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang menjadi acara rutin tahunan kepada parti Umno, ada sisi lain yang tidak semua sedar yakni ia merupakan agenda yang dirancang rapi supaya memaparkan apa yang ingin dipaparkan sahaja.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya (yang digantung), Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa, perwakilan-perwakilan Umno yang hadir ke Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur tidak disajikan dengan perkara-perkara yang 100 peratus betul malah adakalanya ia satu pembohongan yang dirancang awal.

Dakwa Tun Faisal semua acara termasuk jurucakap, ucapan dasar oleh pembahas-pembahas, suasana teramsuk juga susunan kedudukan perwakilan dalam Dewan Merdeka ‘disusun’ dan ‘diatur’ supaya mencerminkan keseluruhan menyokong Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Sebelum ucapan dasar Presiden Umno ini akan ada set, sebelum ucapan dasar ada beberapa orang dari Tingkat 38 (pejabat Presiden Umno) ini diarahkan untuk menyusun Dewan Merdeka, dewan ini telah disusun begitu rupa dan diberi justifikasi apa yang nak dicakap.

“Akhirnya mereka akan dipengaruhi oleh jurucakap, ucapan dasar oleh pembahas-pembahas, suasana dalam Dewan Merdeka maka disusunlah bahagian-bahagian penyokong Presiden Umno di tempat-tempat yang strategik di bawah di mana, di atas di mana supaya menampakkan seolah-olah seluruh Dewan Merdeka ini menyokong apa yang hendak diperkatakan oleh Presiden dan juga jurucakap-jurucakap bagi pelan oleh Tingkat 38 untuk bercakap apa yang nak disampaikan.

“Adakah ruang untuk berbahas? tak ada. Ini bukan macam Parlimen. Kalau Parlimen boleh tanya soalan, orang minta pencerahan
tapi dalam Dewan Merdeka hanya suara dikehendaki bercakap sahaja,” dedah beliau dalam video yang dimuat naik di Facebooknya pada Rabu.

Kata Tun Faisal lagi, cuma yang telah diatur untuk bercakap sahaja yang akan bercakap untuk mempengaruhi pemikiran perwakilan.

“Siap ada standing ovation- boleh diatur, siap akan ada orang tepuk tangan, menjerit pengkhianat sebut nama orang semua ini diatur
susunan jurucakap juga boleh diatur.

“Sebab itu kadang-kadang kita boleh tengok ahli-ahli mungkin terlalu naif, ingat apa yang berlaku di Dewan Merdeka mencerminkan ahli Umno secara keseluruhannya, tak.

“Sebab itu hari ini kita dedahkan permainan Dewan Merdeka supaya perwakilan-perwakilan sedar mereka tidak disajikan dengan perkara-perkara yang 100 peratus betul ada kalanya pembohongan,” jelas Tun Faisal lagi.

PAU akan berlangsung bermula 11 hingga 14 Januari 2023.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat