Umno mahu pembaharuan tak perlu ditaja, jadi broker – Tun Faisal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno tidak perlu ditaja oleh Perikatan Nasional (PN) kerana majoriti sedar bahawa parti sudah tersalah langkah dan wajar diperbetulkan menerusi penukaran pucuk pimpinan menerusi pemilihan akan datang.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya (yang digantung), Tun Faisal Ismail Aziz menjelaskan, Umno tidak perlukan tajaan luar untuk menjatuhkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana ini adalah urusan dalaman parti.

“Tak perlu ada orang taja untuk kita bawa pembaharuan dalam Umno, tak perlu orang taja untuk kita sedar bahawa Umno ini sudah tersalah langkah dan kita mahu membetulkan kembali Umno.

“Tak perlu taja benda-benda ini, kerana ini urusan kita kenapa perlu tajaan? Ingat pemimpin-pemimpin kita haprak sangat macam yang makan gaji dengan World Trade Centre (WTC) sedangkan pemimpin-pemimpin kita ada kekuatan sendiri, ada sumber sendiri dan tak perlu orang taja untuk betulkan Umno, tak perlu,” tegas beliau dalam video yang dimuat naik di Facebooknya pada Rabu.

Tun Faisal malah menempelak Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil dan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam yang didakwanya membodek untuk mencari kedudukan dan jawatan.

“Lainlah orang yang bekerja dengan WTC seperti Isham Jalil, Lokman Adam mereka ada benda yang mereka cari mungkin jawatan senator mungkin jawatan dalam kerajaan namun dituduh pemimpin kita ditaja.

“Saya nak tanya Isham dan Lokman berani bersumpah atas nama Allah sebutkan nama-nama pemimpin Umno yang ditaja oleh PN, ditaja oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan Presiden Umno. Sebutlah nama jangan cipta persepsi, tuduh secara umum ada berani? Cabarnya supaya didedahkan siapa yang ditaja dan jadi broker seperti didakwa.

Tambah Tun Faisal lagi, sewaktu munculnya tuduhan ditaja dan broker sudah digerakkan kerjasama Umno dengan jajaran baru.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat