Ali Puteh masih dituduh tamak harta

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Sekian lama memendam perasaan dengan kecaman dan pandangan negatit warganet, pelawak Ali Puteh akhirnya meluahkan perasaannya.

Ali, 33, menerusi hantaran di Instagram mencabar mereka yang masih tidak berpuashati agar bertemunya secara berdepan.

“Ada netizen yang masih komen benci, meluat, tamak harta, hidup senang dengan harta arwah Abam. Jawapan yang saya boleh bagi adalah, ‘setting’ (tetapkan) tempat, beritahu di mana, saya datang jumpa, baru sedap kopi-kopi,” tulisnya.

Menjelaskan lebih lanjut Ali berkata, dia bukan mahu riak, takbur malah jauh sekali ingin bergaduh.

“Cuma nak jumpa dan berborak. Jangan komen-komen tak sedap. Sebab sudah banyak kali ke balai jumpa netizen mengenai kes ini. Apabila depan polis semua comel belaka macam anak kucing. Masa komen macam harimau, bila jumpa semua macam ‘baby’ ala-ala comel”.

“Ingat tau, bukan nak bergaduh. Cuma selesa cakap berdepan lagi syok. Harap mana yang saya pernah jumpa di balai tu munculkan diri komen okey.

“Ada video semua cuma tak nak disebarkan malu pada netizen yang saya jumpa macam kucing tu. Cuma pesan berpada-padalah bila komen. Nak kepastian ke apa ke, tetapkan tempat, kita kopi-kopi,” katanya.

Terdahulu Ali mula berdepan kecaman sejak kemelut membabitkan dia dan kakak iparnya, Nor Hidayah sehingga memaksanya membawa kes ini ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kontroversi mula tercetus apabila Nor Hidayah memfailkan saman terhadapnya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Saman yang dibuat oleh Hidayah itu antaranya menuduh Ali mengambil harta Allahyarham abangnya Abam Bocey dan harta anak yatim.

Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Pada 27 Ogos 2020, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Allahyarham Abam meninggal dunia di kediamannya di Gombak, Selangor pada 10 Februari 2020 dipercayai akibat demam panas.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat