Janna enggan menoleh ke belakang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bagai ‘roller coaster’. Itu perumpamaan paling tepat menggambarkan apa dilalui Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Janna Nick sepanjang 2021.

Cukup sinonim dengan kontroversi, hinggakan apa sahaja dituturkan bintang versatil berusia 26 tahun ini termasuk tingkah laku serta cara penampilan, pasti menjadi bahan perdebatan netizen.

Pendek kata, setiap atur langkah pelakon drama Misteri Mona ini pasti mengundang kecaman. Biarpun menyedari dirinya teruk dikecam, Janna atau nama sebenar, Nurul Jannah Muner tidak mahu menjanjikan apa-apa dengan ketibaan 2022.

Mengambil pendekatan realistik, Janna yang sudah hampir sedekad dalam dunia seni tidak berani menjanjikan ‘bulan dan bintang’ buat peminatnya.

“Saya tidak mahu menjadi individu yang menjanjikan satu benda lain dan mengulangi perkara sama,” katanya ditanya apakah mahu berubah termasuk memuat naik foto seksi di Instagram (IG) seperti dibangkitkan netizen.

Menepis andaian tidak terbuka dengan teguran, Janna sebaliknya enggan mengulas lanjut perkara itu.

“Lebih baik tidak ulas… Perkara itu sudah lama berlalu,” katanya kepada BH Online.

Selain trofi Bintang Paling Popular, Janna meraih kemenangan besar pada ABPBH 34 termasuk mengungguli kategori Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Kemenangan itu dianggap hadiah paling manis selepas pernah pada suatu ketika, dirinya merudum dek kontroversi yang tidak berkesudahan.

 

Telatah Janna dan Shukri cukup menggeletek hati dalam drama Shakira yang kini bersiaran di slot Akasia, TV3. - Foto IG Janna Nick
Telatah Janna dan Shukri cukup menggeletek hati dalam drama Shakira yang kini bersiaran di slot Akasia, TV3. – Foto IG Janna Nick

 

Baginya, kontroversi adalah sesuatu yang sukar dikawal.

“Bagi saya, selagi masih bergiat aktif dalam bidang seni, selagi itu saya tidak mampu lari dari kontroversi.

“Untuk mengurangkan kontroversi, saya perlu memperlahankan karier seni. Itu sahaja cara yang saya nampak buat masa ini,” kata bekas pengacara program Melodi itu.

Sementara itu, Janna yang baru-baru ini menggondol trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Drama Sangat (ADS) 2021, melalui lakonan mantap dalam drama Misteri Mona, menyangkal masalah bipolar disorder yang dihidapi sejak kecil menjadi punca tindak tanduknya di luar kawalan.

April lalu, Janna mengejutkan peminat apabila mendedahkan mengalami masalah bipolar hingga mendakwa pernah cuba membunuh diri ketika berusia 15 tahun.

“Saya menghidap masalah bipolar sejak kecil, cuma hanya diumumkan, baru-baru ini. Bagaimanapun, segala tindak tanduk saya tidak ada kena mengena dengan masalah mental,” katanya.

Mengulas kejayaan manis yang dipahat dalam kerjaya seni sepanjang tahun ini, Janna bersyukur dengan semua pencapaian diraih.

Bagaimanapun, Janna enggan hanyut dengan kejayaan itu.

Baginya, 2022 adalah tahun untuk dirinya ‘move on’ atau teruskan hidup.

“Saya bersyukur dengan pencapaian sepanjang 2021. Rasanya cukup apa yang sudah saya kecapi tahun ini.

“Tahun depan ibarat suatu pembukaan baharu. Saya kena ‘move on’ dengan kejayaan yang sudah dikecapi dan tidak boleh terlalu mudah berpuas hati,” katanya yang kini muncul menerusi drama Shakira bergandingan dengan Shukri Yahaya siaran slot Akasia di TV3.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat