KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menyerahkan buah durian kepada ahli-ahli Parlimen sempena kempen Jom Makan Buah-buahan Tempatan.
Menurut beliau, inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menghargai keunikan buah-buahan tempatan dan menyokong industri pertanian negara.
“Bang Mat menyerahkan buah durian kepada ahli-ahli Parlimen di Bangunan Parlimen hari ini sebagai sebahagian daripada Kempen Jom Makan Buah-buahan Tempatan.
“Durian yang diberikan adalah hasil petani tempatan, simbolik kepada kualiti tinggi produk tempatan yang wajar dibanggakan.
“Bang Mat menyeru semua pihak agar menyokong usaha ini dengan mengutamakan hasil keluaran tempatan demi memperkukuhkan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat,” kata beliau dalam hantaran di Facebooknya pada Selasa.