Tiada istilah tebuk atap, Kerajaan Perpaduan pakai bumbung konkrit – Anwar

- Advertisement -

BUKIT JALIL — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan bahawa berlaku pertelagahan dalaman antara parti yang membentuk kerajaan hari ini.

Dengan memberi contoh kerajaan hari ini menggunakan bumbung konkrit, Anwar berkata, tiada istilah tebuk atap malah kerjasama antara semua parti dalam Kerajaan Perpaduan sangat baik.

“Sekarang bumbung konkrit, tebuk atap itu mentaliti…sekarang ini baik Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), hubungan kerjasama sangat baik.

“Dalam Jemaah Menteri belum ada sekalipun pertelagahan atas perbezaan parti, perbezaan pendapat masing-masing itu ada, tapi bukan atas perbezaan parti…percubaan ini nampaknya berhasil.

“Percubaan tebuk atap ini, ada yang kata Julai, Ogos, September, Oktober, saya fikir kita ada kekuatan…saya berterus terang, tidak timbul masalah, perbezaan pendapat antara parti menyebabkan percubaan pembangkang yang terdesak akan gagal,” katanya dalam sesi dialog Malaysia Madani bersama Perdana Menteri di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

Sementara itu dalam majlis yang sama, Timbalan Perdana Menteri 1, Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua 18 parti yang membentul Kerajaan Perpaduan memberi dukungan sepenuhnya kepada Anwar untuk terus terajui kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri 2, Fadillah Yusof yang turut serta dalam sesi dialog itu berkata, matlamat utama pembentukan kerajaan ialah kestabilan bagi memastikan pentadbiran negara dapat memberi fokus lepada pembangunaan ekonomi negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat