Kalender Akademik Sesi 2023/2024 Bermula 19 & 20 Mac – KPM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 bermula pada 19 Mac 2023 (Kumpulan A) dan 20 Mac 2023 (Kumpulan B).

Melalui satu kenyataan KPM berkata, sesi persekolahan bagi negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) bermula 19 Mac hingga 9 Mac 2024.

Manakala Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan) pada 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024.

“Ketetapan baharu itu dibuat agar pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan KPM dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Selain itu, perubahan permulaan sesi sekolah itu turut dilakukan supaya sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 dikekalkan pada Mac 2023.

“Ia juga bagi memastikan KPM mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 (Pindaan) 2021 supaya sesi persekolahan tidak kurang daripada 190 hari,” katanya.

Dalam pada itu KPM memberitahu cadangan mengembalikan permulaan sesi persekolahan kepada bulan Januari boleh dilaksanakan dengan memendekkan cuti persekolahan secara berperingkat bermula daripada tahun 2023 sehingga 2026.

“KPM juga mengambil kira pelbagai pandangan yang diterima daripada pemegang taruh untuk mengelakkan peperiksaan SPM diadakan pada bulan November dan Disember kerana bertembung dengan musim tengkujuh.

“Pelaksanaan peperiksaan SPM dalam musim tengkujuh boleh menimbulkan tekanan bukan sahaja bagi guru dan petugas peperiksaan, malah kepada murid dan ibu bapa yang terlibat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,445FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat