Rasuah di Indonesia teruk berbanding Malaysia, terkeluar senarai – Jokowi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rasuah di Indonesia lebih runcing berbanding negara jiran seperti Malaysia dan Singapura.

Malah kata Presidennya Joko Widodo (Jokowi), persepsi rasuah Indonesia corot berada di kedudukan 102, terkeluar dari senarai.

Berucap sempena Hari Antirasuah Dunia 2021, Jokowi menyatakan pada tahun lalu, Indonesia tidak tersenarai dalam 100 negara Asia yang mempunyai Indeks Persepsi Rasuah terkawal.

“Ranking indeks persepsi rasuah Indonesia pada tahun lalu masih perlu diperbaiki.

“Beberapa negara jiran kita seperti Singapura berada di kedudukan ketiga, Brunei di tempat 35 manakala Malaysia pula di ranking 57.

“Namun, Indonesia berada di kedudukan 102, terkeluar dari senarai,” katanya di Jakarta.

Sehubungan itu, Jokowi menegaskan, perlu ada komitmen tinggi daripada pelbagai pihak untuk memastikan indeks persepsi rasuah di negara ini dapat dipulihkan.

Namun, Jokowi memaklumkan terdapat peningkatan dalam indeks tindakan antirasuah.

“Indeks tindakan antirasuah dalam kalangan masyarakat kita semakin meningkat, iaitu pada 2019 Indonesia berada di kedudukan 370, tahun 2020 (384) dan 2021 (388).

“Ini menunjukkan semakin lama semakin baik, namun kita tidak boleh terlalu selesa dan perlu memastikan pencapaian lebih baik pada masa akan datang,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat