MySejahtera berstatus jingga, perbicaraan Rosmah ditangguh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Perbicaraan kes rasuah melibatkan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ditangguhkan hari ini susulan status MySejahtera beliau yang masih berstatus jingga iaitu berisiko akibat mempunyai kontak rapat COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan ketika prosiding pada Jumaat oleh peguamnya, Datuk Jagjit Singh selain ia turut disahkan pihak pendaftar mahkamah.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan seterusnya menetapkan Isnin depan sebagai perbicaraan semula kes sementara menantikan status terkini MySejahtera Rosmah.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram mencadangkan agar prosiding dilakukan secara hibrid bagi proses memberi keterangan.

Mohamed Zaini bagaimanapun menetapkan tarikh tambahan bagi perbicaraan berkenaan berikutan masih terdapat dua saksi pembelaan yang perlu memberi keterangan.

“Saya tidak mahu menjejaskan keseluruhan perbicaraan hanya sebab ianya ‘okay’ pada peringkat ini. Saya mahu lebih berhati-hati,” katanya.

Mahkamah kemudian memutuskan tarikh 12 hingga 13 Disember serta 23 dan 24 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Mahkamah pada Rabu lalu menangguhkan perbicaraan melibatkan isteri bekas Perdana Menteri itu setelah beliau disahkan mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19.
Perbicaraan yang sepatutnya berlangsung hari ini adalah berkaitan kes rasuah melibatkan dana projek solar hibrid RM1.25 bilion membabitkan Rosmah Mansor.

Terdahulu, Rosmah yang tiba di perkarangan mahkamah hanya dilihat berada di dalam kenderaan jenis Proton Perdana dan dilihat meninggalkan bangunan tersebut sebaik sahaja memaklumkan situasi tersebut.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,613FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat