keluarga Politik Berjaya Di Nusantara

- Advertisement -

INDONESIA: Semalam telah berlangsung pemilihan ketua daerah di 270 daerah (9 provinsi, 224 kabupaten dan 37 kota)

Anak sulung Presiden Jokowi, Gibran Rakabuming (33 tahun) telah menang sebagai Walikota Solo, Jawa Tengah.

Menantu Jokowi pula, Bobby Afif Nasution (29 tahun) telah menang sebagai Walikota Medan, Sumatera Utara.

Kemenangan tersebut menambah senarai ‘keluarga berjaya’ di negeri jiran setelah sebelumnya ada dinasti Soekarno, Soeharto, Ratu Atut Banten dan lain-lain.

Di Malaysia pun ada juga. Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan anaknya Muhkriz pernah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-7 era Pakatan Harapan.

Selain daripada itu, keluarga Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dimana Anwar sendiri di Port Dickson, isterinya Datin Seri Wan Azizah di Pandan dan anak perempuannya Nurul Izzah di Permatang Pauh.

Bagi keluarga DAP seperti Lim Kit Siang pula dimana beliau di Iskandar Puteri, Johor, anak lelakinya Lim Kit Siang di Bagan, Pulau Pinang, dan anak perempuan Lim Hui Ying dilantik sebagai Senator Dewan Negara semasa pemerintahan Pakatan Harapan.

Tidak ketinggalan keluarga mendiang Karpal Singh dimana Gobind Sing Deo di Parlimen Puchong, Selangor, Ramkarpal Singh di Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan Jagdeep Singh di Dun Datuk Keramat, Pulau Pinang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat