Pendidikan, kesihatan tonggak penting angkat martabat rakyat dan majukan negara

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani memberi penekanan besar kepada pendidikan dan kesihatan yakni dua tonggak penting dalam mengangkat martabat rakyat dan memajukan negara.

Tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua-dua sektor ini akan terus diberi perhatian dan ditambah baik, baik dari segi perkhidmatan mahupun kemudahan, demi kesejahteraan rakyat seluruhnya.

“Sewaktu berucap merasmikan blok bangunan baharu Hospital Tawau, saya tegaskan bahawa pembangunan infrastruktur ini akan menjadi mercu tanda baharu sistem kesihatan di Negeri Sabah, sekali gus melambangkan komitmen Kerajaan Madani untuk memastikan rakyat Sabah menikmati perkhidmatan kesihatan yang moden, selamat dan berkualiti tinggi.

“Pelaksanaan projek naik taraf ini bakal memberi manfaat besar kepada masyarakat di Pantai Timur Sabah, serta memperkukuh keupayaan Hospital Tawau dalam menangani peningkatan jumlah pesakit dari semasa ke semasa.

“Saya juga menekankan bahawa pemantauan berterusan dan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri amat penting agar setiap projek seperti ini dapat disiapkan mengikut jadual, diselenggara dengan baik, dan benar-benar dimanfaatkan oleh rakyat,” kata Anwar di Tawau pada Isnin.

Perdana Menteri dijadual mengadakan lawatan kerja di Tawau pagi ini, dengan tiga program utama bakal berlangsung.

Program beliau bermula pada 9.30 pagi dengan majlis peluncuran blok baharu Hospital Tawau.

Selepas itu, Anwar dijadual meluangkan masa untuk sesi jelajah mesra dan beramah mesra bersama penduduk setempat di Pasar Semarak.

Program terakhir Perdana Menteri di Tawau hari ini ialah Majlis Perasmian Program Jelajah Malaysia di Taman Semarak.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat