Setidaknya Syed Saddiq ada ‘telur’ – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Prinsip dan keberanian Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak wajar diremehkan apabila beliau memilih menjalani proses undang-undang dengan cara yang betul.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar memuji prinsip kedaulatan undang-undang yang dipegang oleh Ahli Parlimen Muar itu.

“Dia (Saddiq) cakap dari awal lagi tak mahu kes dia dihentikan ataupun dilepaskan ataupun digugur dan dia berani untuk menghadapi apa sahaja keputusan daripada hakim so at least ‘dia ni ada telur lah’.

“Bukan itu sahaja, Saddiq dah buat keputusan berprinsip mengosongkan jawatan Presiden MUDA.

“Kerusi Parlimen kekal kerana dia dipilih oleh rakyat tapi dia tak nak MUDA terjejas disebabkan masalah undang-undang dia, ini keputusan berprinsip,” puji Khairy dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Jumaat.

Dalam pada itu, Khairy juga mengecam ADUN Pantai Jerejak, Fahmi Zainol yang membuat ciapan ‘kasi sebat’ sebagai reaksi kepada berita bertajuk ‘Syed Saddiq mohon hukuman ringan tanpa sebat’ disifatkan sebagai memalukan imej wakil rakyat.

“Ada seorang Exco, wakil rakyat dia kata ‘kasi sebat’. Ini wakil rakyat, Exco kerajaan negeri…ya la kau benci dia pun takkanlah politik kita dah sampai tahap tu?

“Okey la kalau kita nak cakap soal netizen biasa yang mengutuk yang meraikan perkara ini, tapi ini wakil rakyat.

“Kalau inilah gambaran politik, ia sangat teruk. Throw way the key, rot in jail apa dah terjadi kepada politik kita sekarang ini?

“Saddiq ibarat ‘jatuh ditimpa Twitter’. Mereka di aplikasi X sangat kejam mengecam dia,” kata Khairy.

Sementara itu, Khairy dan Shahril Hamdan mengakui mereka sangat sedih dengan nasib yang menimpa bekas Presiden MUDA itu walaupun konsisten menghormati proses undang-undang kerana bagi mereka Saddiq bukanlah orang yang jahat.

“Saya sedihlah, saya tahu ini proses undang-undang dan Saddiq telah pun melalui perbicaraan di mahkamah dan hakim telah pun membuat keputusan.

“Saya pun tak gemar sangat dengan Saddiq dulu tapi saya rasa sedikit sedih,” akui bekas Ketua Pemuda Umno itu lagi.

Shahril mengagumi prinsip yang dipegang Saddiq kerana membuktikan setiap kata-katanya sebelum ini.

“Ini adalah saatnya yang sudah tentu bagi sesiapa mengenali Syed Saddiq akan berasa sedih terhadap dia.

“Tapi pada masa yang sama melihat tindakan beliau melepaskan jawatan saya rasa itu adalah tindakan yang betul.

“Apa saja orang cakap tentang dia, dia boleh berdiri di belakang kenyataan dia sebelum ini iaitu sesiapa kalau ada kes mahkamah tidak patut memegang jawatan besar dalam parti dan dia membuktikannya, bagi saya dia melakukan perkara yang betul,” kata bekas Ketua Penerangan Umno itu.

Shahril juga mengkritik mereka yang bergembira dengan keputusan mahkamah terhadap bekas Ketua Armada Bersatu itu.

“Saya rasa sesiapa di kalangan lingkungan ahli politik yang melihat melalui kesusahan seperti ini kita tak gembira, kita tak pernah gembira walaupun orang yang kita tak minat, kita tak pernah tepuk tangan gembira apabila mereka melalui kesusahan seperti ini
pada masa sama ini proses undang-undang mahkamah telah buat keputusan dan kita kena konsisten

“Saya simpati dengan Saddiq sebab dia bukan bad guy.

“Kita lihat reaksi di media sosial, Malaysian ganas rough, memalukan tepuk tangan gembira.

“Mereka ini orang yang sama yang dulu anggap Saddiq sebagai wira, sebagai hero dan oleh kerana dia buat pendirian politik yang tak menyokong kepada pihak mereka, apabila dia dikenakan seperti ini dia punya nada untuk meraikan, itu sangat peribadi,” bidas Shahril lagi.

Mengulas lanjut Khairy dan Shahril menjangkakan kes mahkamah ini bukanlah penamat kepada karier politik Saddiq.

“Ini bukan pengakhiran politik buat Saddiq.

“Saya rasa dia baru 30 tahun, kita tak nak mendahului keputusan mahkamah Rayuan dan Persekutuan tetapi kalau perkara buruk berlaku kepada Saddiq pun saya dia dah pun membina brand equity yang sangat besar dan dia tidak akan dilupai, nama dia tak akan hilang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat