Kapal China sengaja tembak meriam air arah bot Filipina

- Advertisement -

MANILA – Filipina menuduh kapal Pengawal Pantai China (CCG) menembak meriam air ke arah bot yang sedang menghantar bekalan makanan kepada tentera Filipina.

Kejadian itu berlaku di pos terpencil dalam wilayah Laut China Selatan yang menjadi pertikaian beberapa negara.

“Kapal CCG 5203 menembak air ke atas kapal bekalan Filipina M/L Kalayaan dalam percubaan yang menyalahi undang-undang walaupun tidak berjaya untuk memaksa kapal itu mengubah haluan,” kata pasukan petugas kerajaan Filipina dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Insiden sama sebelum ini berlaku berhampiran Second Thomas Shoal di Kepulauan Spratly, hampir tiga minggu lalu.

Kejadian itu berlaku selepas dua perlanggaran antara kapal China dan Filipina ketika misi bekalan semula.

Sebilangan tentera Filipina ditempatkan di BRP Sierra Madre di Laut Filipina Barat, lapor AFP.

Kawasan berkenaan menjadi lokasi tentera laut Filipina berkampung di kawasan terumbu karang pada 1999, untuk memeriksa kemaraan China di perairan berkenaan.

Anggota tentera terbabit bergantung pada misi bekalan semula untuk kelangsungan hidup mereka.

China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan yang menjadi laluan perdagangan bernilai bertrilion dolar setiap tahun, sehingga negara itu mengabaikan keputusan antarabangsa pada 2016, yang memutuskan tuntutan Beijing tidak mempunyai asas undang-undang.

Sepanjang dekad lalu, Beijing mengerahkan kapalnya untuk menjalankan rondaan di perairan terbabit, termasuk membina pulau buatan yang diletakkan tenteranya untuk mengukuhkan keberadaan negara itu di wilayah berkenaan.

Filipina mempunyai pos luar di sembilan terumbu dan pulau di Spratlys, termasuk Beting Thomas Kedua.

Tentera yang ditempatkan di kapal yang usang itu bergantung pada penghantaran bekalan biasa untuk kelangsungan hidup mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat