Tiada solat Jumaat di zon merah di Perak

- Advertisement -

IPOH: Perak tidak membenarkan solat Jumaat di masjid yang berada dalam zon merah, sebaliknya digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini yang bermula semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari, berkata keputusan itu dibuat melalui titah perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selepas menimbangkan sembah nasihat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Beliau berkata, bagaimanapun solat berjemaah pada setiap sembahyang fardu di zon merah boleh dilaksanakan di masjid serta surau dengan had ditetapkan kepada enam jemaah membabitkan pegawai masjid serta ahli Jawatankuasa Kariah (JK).

“Solat Jumaat dan solat fardu di zon kuning dibenarkan dengan jemaah dihadkan kepada 23 orang sahaja yang daripada kalangan pegawai masjid dan ahli JK.

“Bagi kawasan zon hijau pula, had ditetapkan kepada 40 jemaah bagi kedua-dua solat, dengan kelonggaran turut diberikan kepada ahli kariah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrul Azam berkata, status zon di negeri Perak akan dikemas kini dari semasa ke semasa berdasarkan ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya lagi, semua aktiviti keagamaan dalam kawasan zon merah ditangguhkan, manakala penganjuran kuliah pengajian antara solat Maghrib dan Isyak serta selepas solat Subuh dibenarkan pada skala kecil bagi zon kuning serta zon hijau.

“Kehadiran menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau pada masa ini hanya dibenarkan kepada warganegara Malaysia dengan identiti setiap jemaah hendaklah disemak dan direkodkan sebelum dibenarkan masuk ke ruang solat,” katanya.

Beliau berkata, arahan dan ketetapan itu terpakai dan berkuat kuasa serta-merta sehingga terdapat sebarang arahan baru dikeluarkan oleh MAIPk.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat