Ibu Tunggal Terima Banyak Manfaat Di Bawah Belanjawan 2021

Lima sektor ekonomi bantu pertumbuhan negara dibangkit Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Sektor ekonomi yang membantu pertumbuhan ekonomi negara semasa COVID-19, antara perkara dijangka dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat,...

BNM sedia kemudahan TRRF dan MEF untuk bantu PKS

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberikan maklumat lanjut tentang pelaksanaan dua dana untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19...

CAP gesa KPDNHEP pantau kenaikan drastik harga bawang merah

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau kenaikan harga bawang merah di pasaran...

Ubat Punca Maradona Meninggal Dunia

BUERNOS AIRES: Diego Maradona diberikan koktel dadah termasuk antikemurungan dan antipsikotik yang digunakan untuk merawat penyakit bipolar. Ia didapati selepas serbuan yang dilakukan polis Argentina...

China Beri Vaksin Percubaan Kepada Kim Jong Un Dan Keluarga

CHINA telah memberikan vaksin percubaan melawan jangkitan COVID-19 kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan keluarganya, lapor penganalisis Amerika Syarikat (AS) pada Selasa. Menurut...

SEREMBAN – Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia yang layak, terutama golongan ibu tunggal dan mereka yang hilang pekerjaan.

Nur Shafura Abd Rahim, 36, yang berpisah dengan suami dua tahun lepas, merasa gembira dengan bantuan itu, lebih-lebih lagi selepas dia diberhentikan kerja sejak sebulan lepas berikutan pandemik COVID-19.

Bekas pengurus syarikat kontraktor itu berkata bantuan BPR berjumlah RM1,800 boleh digunakan untuk menyara dua anaknya berusia tiga dan 10 tahun buat sementara waktu sebelum berjaya mendapat pekerjaan lain.

“Alhamdulillah, kerajaan banyak membantu orang yang dalam kesusahan seperti saya ini yang diduga dengan pelbagai masalah terutama kehilangan pekerjaan baru-baru ini. Bantuan sebegini dapat mengurangkan kos perbelanjaan khususnya membeli barangan keperluan anak-anak,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Selain BPR, Nur Shafura yang sebelum ini berulang-alik dari Seremban ke Kuala Lumpur, akan menerima kemudahan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dan mendapat manfaat daripada Program Jaringan PRIHATIN bagi mendapat kemudahan Internet sebanyak RM180.

Nur Shafura juga akan menerima kemudahan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang menawarkan tempoh pemberian Elaun Mencari Pekerjaan dilanjutkan selama tiga bulan untuk tahun depan selain Bantuan Pembayaran Bersasar yang membolehkannya membuat pilihan menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan atau mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Lima sektor ekonomi bantu pertumbuhan negara dibangkit Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Sektor ekonomi yang membantu pertumbuhan ekonomi negara semasa COVID-19, antara perkara dijangka dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat,...

CAP gesa KPDNHEP pantau kenaikan drastik harga bawang merah

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau kenaikan harga bawang merah di pasaran...

Suhakam Zahir Kekecewaan Terhadap Parlimen

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menzahirkan kekecewaan kerana Laporan Tahunan SUHAKAM 2019 tidak dibahaskan di Parlimen tahun ini. Suhakam dalam satu...