Protes Terhadap Najib, Maria Chin Keluar Dewan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah bertindak keluar dewan apabila bekas Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sedang memberi perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Menurut ciapan twitter Maria, beliau bertindak keluar dewan sebagai protes seolah-olah bekas Perdana Menteri itu tidak melihat dirinya sedang keadaan bersalah kerana disabit kes rasuah.

“Najib Razak telah disabitkan bersalah dalam kes rasuah,

“Tapi hari ini, beliau hadir sebagai Ketua BBC dan berbahas Belanjawan 2021 seolah-olah tidak apa-apa yang berlaku,

“Saya PROTES dan sudah WALK OUT!” tegasnya.

Dalam ciapan tersebut yang menggunakan tanda pagar, Maria Chin menjelaskan ini bukan satu norma baharu bagi dirinya sambil twitter tersebut di “mention” kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, dalam perbahasan Belanjawan 2021 sebentar tadi berkata, kerajaan mesti membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan simpanan one-off RM10,000.

Disamping itu, Najib juga memohon melanjutkan tempoh moratorium pinjaman bank dilanjutkan sehingga Jun 2021 dan termasuk dari golongan M40.

“Sokongan saya dan rakan-rakan Barisan Nasional tertakluk kepada syarat-syarat tersebut dan mesti dipenuhi oleh kerajaan,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat