Azmin Ali Dilantik Pengarah Pilihan Raya Umum PN

- Advertisement -

CYBERJAYA: Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) bersetuju melantik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato Seri Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihan Raya PN bagi mengetuai persediaan jentera Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Menurut kenyataan media Setiausaha Agung PN, Dato Sri Hamzah Zainuddin, pelantikan Azmin Ali ini telah dipersetujui sebulat suara untuk beliau mengetuai jentera pilihan raya PN.

Disamping itu, Majlis Tertinggi PN yang bemesyurat pada 09 November 2020 lepas telah memuktamadkan beberapa keputusan bagi mengukuhkan kedudukan PN sebagai parti politik yang menerajui kerajaan hari ini.

“Untuk memperkasakan gerak kerja parti di peringkat akar umbi secara menyeluruh,

“Majlis Tertinggi bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional bagi menyelaraskan aktiviti parti di peringkat negeri,” jelas Hamzah.

Selain Azmin, Ir. Ts Kharil Nizam yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat baru dilantik untuk memimpin sayap Pemuda PN yang baharu, diminta untuk merancakkan lagi aktiviti di peringkat akar umbi agar dapat merapatkan silaturahim antara ahli-ahli parti.

“Majlis Tertinggi percaya keputusan-keputusan ini bakal memantapkan lagi gerak kerja PN di semua peringkat dan menambah baik koordinasi dalam kalangan parti-parti komponen PN,” katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat