Projek pelaburan dari luar negara akan diluluskan segera – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan mempastikan setiap projek pelaburan dari luar negara akan diluluskan dengan segera.

Jelasnya, perubahan mendadak ini perlu dilakukan memandangkan terdapat kebimbangan yang disuarakan berhubung projek-projek berkenaan.

“Yang Berhormat harus faham bahawa untuk pelaksanaan itu, kadangkala ada disuarakan kebimbangan. Apabila diluluskan, yang disebutkan ‘ease of business’ itu kadangkala masih ada masalah.

“Oleh itu, saya telah menetapkan supaya kita lakukan perubahan yang agak mendadak.
“Bukan saja ‘one stop centre’ di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) tetapi juga Jawatankuasa Pelaburan dan Perdagangan di bawah Menteri MITI, dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri.

“Ini akan memastikan projek itu diluluskan dengan kadar segera,” kata Anwar, yang juga Menteri Kewangan, pada sesi jawab lisan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) yang meminta Perdana Menteri menyatakan hasil lawatan ke luar negara termasuk hasil pelaburan, kerjasama antara negara dan tahap keyakinan pelaburan asing terhadap Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat