Kemenangan di Pelangai isyarat jelas rakyat kembali menyokong UMNO

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Kemenangan calon UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Pahang, Datuk Amizar Abu Adam Sabtu lalu merupakan isyarat jelas rakyat kembali menyokong UMNO, kata  Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman.

Menurutnya, kemenangan itu turut memberi motivasi kepada pemimpin dan ahli UMNO untuk terus berusaha memulihkan parti itu dan Barisan Nasional (BN) berdepan pelbagai fitnah, pengkhianatan dan tekanan.

tambahnya, kempen di DUN Pelangai memperlihatkan semangat perjuangan dan kesatuan hati pemimpin dan akar umbi dari seluruh negara terserlah apabila semua turun padang berkempen.

“Biarpun kemenangan itu dicapai dengan pengurangan sedikit majoriti berbanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), namun apa yang penting kerusi tersebut kekal menjadi penghalang kepada kemaraan Perikatan Nasional (PN) di Pahang.

“Kekuatan dimiliki UMNO datangnya daripada pemimpin dan ahli akar umbi yang masih setia tanpa berbelah-bahagi kepada parti, semangat untuk terus mempertahankan kesinambungan perjuangan dan tak rela UMNO terus dibuli. Kempen di DUN Pelangai memperlihatkan semangat perjuangan dan kesatuan hati pemimpin dan akar umbi dari seluruh negara terserlah apabila semua turun padang berkempen,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Abdul Halim yang juga Ketua UMNO Bahagian Tebrau turut memberitahu, jentera UMNO dari seluruh negara membantu UMNO Pahang dan UMNO Bahagian Bentong semasa berkempen.

“Sebab itu dari awal lagi sebenarnya PN dan Pas rasa tergugat dengan kekuatan jentera kempen UMNO yang dibantu jentera Pakatan Harapan (PH) di DUN Pelangai. Apatah lagi bila PN sedar mereka semakin hilang taring dan aura untuk terus meyakinkan rakyat mengundi mereka.

“Kekuatan jentera dan akar umbi UMNO inilah yang sekali lagi berjaya menyekat gelombang hijau selepas PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram. PN kena 3-0 setakat ini,” jelasnya lapor Utusan Online.

Sehubungan itu, Abdul Halim menyeru pucuk pimpinan dan akar umbi UMNO terus berusaha mengembalikan kekuatan parti seperti sebelum PRU-14.

“Pemimpin kena kembali dalam barisan, ahli akar umbi kena perkuat parti, kita semua kena ketepikan perbalahan dan berdiri teguh bersama Presiden dan kepimpinan UMNO. Insya-Allah, saya percaya dalam tempoh tiga tahun akan datang UMNO akan pulih seperti sebelum ini,” jelasnya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat