Isu kos sara hidup Malaysia-Thailand dibincang esok – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin akan membincangkan isu kos sara hidup yang meningkat di Malaysia dan Thailand, esok.

Selain itu Anwar berkata, beliau dan Perdana Menteri Thailand itu juga akan mencari langkah berkesan bagi menyelesaikan masalah hidup rakyat di kedua-dua negara tersebut.

Menurutnya, dasar baharu mengenai isu kos sara hidup akan diperincikan melalui pembentangan Belanjawan 2024, Jumaat nanti.

“Nanti saya akan umum, kita akan ikhtiar sedaya upaya untuk mengurangkan beban pada rakyat miskin yang terkesan dengan senario ekonomi sekarang. Perbincangan kita turut bersama pimpinan dunia.

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin akan ke Malaysia untuk membincangkan isu kos sara hidup meningkat di Thailand dan Malaysia serta langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat di kedua-dua negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mengenai pendekatan kerajaan meningkatkan kuasa beli rakyat susulan penyusutan nilai ringgit selain langkah kerajaan meningkatkan pendapatan rakyat bagi membantu golongan B40 dan M40 berikutan kenaikan harga barang.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadualkan membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen pada 13 Oktober 2023 di Dewan Rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat