Ismail Sabri akan jelaskan kekecewaaan Agong sehari, dua lagi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob paling layak menjawab persoalan kekecewaan Yang di-Pertuan Agong.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan bahawa Perdana Menteri akan membuat kenyataan menjawab kekecewaan Agong itu dalam tempoh sehari, dua ini.

“Saya rasa Perdana Menteri akan jawab dalam sehari atau dua ini.

“Semasa mesyuarat Biro Politik tadi, Ismail Sabri ada sebut sewaktu kami tanya apa maksud kekecewaan Yang di-Pertuan Agong.

“Maka, Ismail Sabri adalah ‘best person’ untuk jawab kekecewaan itu apa,” jelas Khaled.

Tambahnya, media juga tentunya ada soalan yang tepat untuk bertanyakan kepada Perdana Menteri.

Kenyataan Istana Negara hari ini menyebut Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa dan Baginda tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan permintaan
Perdana Menteri bagi memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat