Mesyuarat Khas MKT UMNO Malam Ini Jadi Tumpuan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini menjadi tumpuan susulan pembubaran Parlimen yang berkuat kuasa hari ini.

Beberapa ahli MKT tiba di ibu pejabat parti itu di Menara Dato Onn di sini bagi menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Antaranya, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, Datuk Seri Dr Shamsul Anwar Nasarah dan Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Difahamkan, agenda utama mesyuarat yang bermula pada jam 8 malam itu tertumpu kepada persiapan pilihan raya termasuk jentera dan pemilihan calon yang bakal bertanding.

Sementara itu, Bung Moktar ketika ditemui berkata, mesyuarat malam ini penting untuk memperkasakan jentera di semua peringkat.

“Untuk menang, UMNO dan Barisan Nasional (BN) kena bekerja ibarat orang yang nak menang, gaya seperti orang menang.

“Kalau cuma mahu menang tetapi bekerja seperti tak mahu menang, itu useless (tidak berguna)…Insya-Allah kita akan bekerja keras untuk mendapatkan kemenangan untuk BN,” katanya.

Petang tadi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perdana Menteri membuat pengumuman itu menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara, menerusi siaran televisyen dan media dalam talian pada jam 3 petang tadi. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat