Ismail Sabri Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Melaka

MELAKA: Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului senarai 20 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka daripada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam sempena sambutan ulang tahun ke-71.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Dr Hasim Hasan, berkata Ismail Sabri akan menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Hasim berkata selain Ismail Sabri, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad turut menerima darjah yang sama namun kedua-dua menteri berkenaan tidak dapat hadir ke istiadat penganugerahan itu kerana sedang menjalani kuarantin.

“Tiga lagi penerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) adalah Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Firuz Jafril dan Pengarah Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia Datuk Mohamed Farid Abu Hasan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Hasim berkata, empat individu dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira dan diberikan kepada Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Sazali Muhd Din @ Muhamad Din, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Beliau berkata tujuh individu pula dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi M Ravi, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Melaka Rahmad Mariman dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen.

“Selain itu, Pengarah Kesihatan Melaka Dr Ismail Ali, Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri Melaka Abd Kadir Md Idris dan Penasihat Agama kepada Ketua Menteri Melaka Kamarudin Sidek,” katanya.

Katanya empat individu pula dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran datuk iaitu Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Markas Tentera Laut Laksamana Muda Abu Bakar Mohd Ajis, Pengarah Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Dr Norhayati Rusli, Ketua Jabatan Pengurusan PDRM SAC Shaharon Anuar Abdul Latif dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya Shadan Othman.

– BERNAMA

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Audio Anwar, Zahid ulas PAU 2020 tersebar, rundingan UMNO-PKR masih ‘on’

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video dan audio didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

Berita Berkaitan

Ahmad Zahid tidak muncul majlis angkat sumpah

CYBERJAYA : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak muncul dalam majlis angkat sumpah yang dianjurkan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya,...

Kata kerajaan tak ada duit, tapi lantik timbalan menteri pelancongan, rakyat pula tak dibenarkan melancong

KUALA LUMPUR - "Rakyat tidak dibenarkan melancong, tapi saya hairan bagaimana kerajaan boleh melihat perlantikan seorang timbalan menteri pelancongan ini akan membantu rakyat mengisi...

PAS runding agih kerusi dengan Bersatu, bagi ruang UMNO cari hala tuju selesai konflik dalaman

KUALA LUMPUR - Buat masa ini PAS hanya berunding dengan Bersatu soal pembahagian kerusi bakal ditandingi pada PRU-15. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang...