JAIS Rayu Jemaah Masjid LTSAAS Buat Saringan

- Advertisement -

SHAH ALAM – Solat Jumaat dan fardhu lima waktu di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz (LTSAAS), Subang di sini ditangguhkan bermula waktu Asar semalam hingga tarikh dimaklumkan kelak susulan seorang jemaahnya positif Covid-19.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, turut ditangguhkan adalah aktiviti pengimarahan selepas individu itu hadir solat Jumaat pada 2 Oktober lalu.

“Berdasarkan rekod mendapati seramai 1,310 orang jemaah hadir solat Jumaat pada hari tersebut.

“Sehubungan itu , jemaah yang hadir perlu tampil dan segera melakukan saringan di Klinik Kesihatan yang berhampiran sekiranya bergejala atau melakukan kawalan kendiri di rumah.

“Situasi ini akan dibincangkan dengan terperinci di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Penilaian Dan Pengawasan Prosedur Standard Operasi (SOP) masjid dan surau yang akan dipengerusikan beliau sendiri untuk keputusan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, setakat ini pihaknya hanya membenarkan tiga orang petugas daripada kalangan pegawai atau ahli jawatankuasa untuk mengumandangkan azan dan melaksanakan solat fardhu.

“Kerja-kerja pembersihan dan sanitasi telah dilaksanakan oleh pihak masjid hari ini,” katanya.- K! INLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat