COVID-19: Tutup Sekolah Tujuh Hari Jika Ada Kes Positif – KPM

Saarani Nafi Ada Komplot Tukar MB Perak

Ipoh - UMNO Perak menafikan dakwaan ia berkomplot dengan parti pembangkang di negeri itu untuk merampas jawatan Menteri Besar yang disandang oleh Timbalan Presiden...

TUDM Percepat Hantar Bantuan Petugas Kesihatan Ke Sabah

KUALA LUMPUR - Situasi 'cemas' di Sabah susulan kes Covid-19 yang terus meningkat menyebabkan ratusan petugas kesihatan dari Semenanjung Malaysia segera diterbangkan ke sana...

Ramai Petugas Kesihatan Dapat Jangkitan Covid Dalam Komuniti – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar petugas kesihatan mendapat jangkitan Covid-19 dalam komuniti dan bukannya ketika bertugas di wad Covid-19 atau Unit Rawatan Rapi (ICU). Ketua...

Isu Covid dan Darurat Perlu Keputusan Bijaksana, Rujuk Pakar – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - Dalam menangani isu pandemik COVID-19 dan soal pelaksanaan perintah darurat, ia perlu dirujuk kepada setiap pihak yang mempunyai kepakaran mengenai isu...

Tiada Apa Disembunyikan Berkaitan Pinjaman RM300 Juta SDB Kepada AirAsia – Shafie Apdal

PETALING JAYA - Bekas ketua menteri Sabah Shafie Apdal berkata tiada apa yang tersembunyi atau disembunyikan berhubung pinjaman RM300 juta Sabah Development Bank (SDB)...

KUALA LUMPUR – Mana-mana sekolah yang dikesan mempunyai kes positif COVID-19 perlu ditutup selama tujuh hari, tanpa menunggu analisis risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19 pagi tadi, susulan trend peningkatan kes COVID-19 ketika ini.

“Penutupan ini bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan, disinfeksi dan pengesanan kontak rapat dijalankan oleh KKM.

“Dalam hal ini, sekolah yang mempunyai kes positif COVID-19 perlulah mematuhi garis panduan penutupan sekolah yang akan dikeluarkan oleh KPM,” demikian menurut kenyataan KPM, malam ini.

KPM turut memaklumkan, bagi murid sekolah berasrama penuh di zon merah COVID-19, mereka hendaklah kekal di asrama, manakala murid sekolah berasrama di zon hijau tetapi rumah keluarga di zon merah, juga perlu kekal di asrama.

“Pihak sekolah akan menguruskan keselamatan dan kebajikan murid-murid berkenaan di asrama.

“Dalam tempoh penutupan sekolah ini, pentadbir sekolah diarah memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my,” jelas kenyataan itu.

KPM menegaskan kementerian itu sentiasa memantau situasi penularan wabak COVID-19 yang melibatkan institusi pendidikan di bawah KPM.

Namun, sebarang keputusan termasuk penutupan sekolah yang dibuat KPM adalah berdasarkan penelitian terhadap data serta perbincangan terperinci dengan KKM dan MKN.

Sejak sekolah dibuka semula mulai 24 Jun 2020, sebarang keputusan untuk menutup kelas atau menutup sekolah adalah berdasarkan arahan daripada KKM dan di sepanjang tempoh itu, sekiranya Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mengesan terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah, PKD akan membuat analisa risiko secara menyeluruh ke atas jangkitan kes berkenaan.

Hari ini (9 Okt) Sekolah Kebangsaan Presint 8 (1), Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Sekolah Kebangsaan Bangsar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, diarah tutup mulai hari ini sehingga 16 Okt susulan terdapat kes positif membabitkan warga sekolah itu.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

TUDM Percepat Hantar Bantuan Petugas Kesihatan Ke Sabah

KUALA LUMPUR - Situasi 'cemas' di Sabah susulan kes Covid-19 yang terus meningkat menyebabkan ratusan petugas kesihatan dari Semenanjung Malaysia segera diterbangkan ke sana...

Ramai Petugas Kesihatan Dapat Jangkitan Covid Dalam Komuniti – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar petugas kesihatan mendapat jangkitan Covid-19 dalam komuniti dan bukannya ketika bertugas di wad Covid-19 atau Unit Rawatan Rapi (ICU). Ketua...

Tiada Apa Disembunyikan Berkaitan Pinjaman RM300 Juta SDB Kepada AirAsia – Shafie Apdal

PETALING JAYA - Bekas ketua menteri Sabah Shafie Apdal berkata tiada apa yang tersembunyi atau disembunyikan berhubung pinjaman RM300 juta Sabah Development Bank (SDB)...