TDM patahkan cubaan 139 kilogram daun ketum di sempadan Malaysia-Thailand

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PADANG TERAP – Empat penyeludup bersenjatakan sebilah parang berputih mata apabila gagal menyeludup daun ketum seberat 139 kilogram telah ditahan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) di kawasan hutan berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand pada Khamis lalu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) memaklumkan operasi berlaku di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).

Beliau berkata, pada jam 12.20 tengah hari, anggota tentera yang sedang melaksanakan tugas telah menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan umur di antara 22 hingga 43 tahun.

Bersama-sama suspek ialah dua buah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitshubishi Pajero dan dua buah motosikal Honda Wave dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan berdekatan dengan sempadan di sini.

“Hasil siasatan mendapati kesemua suspek telah melakukan aktiviti penyeludupan ketum dengan cara meninggalkan bungkusan ketum di beberapa kawasan di sekitar kawasan hutan sempadan Malaysia – Thailand.

“Anggota TDM seterusnya bertindak melaksanakan serbuan di kawasan yang dimaklumkan hasil daripada soal siasat ke atas suspek dan menemui enam buah guni berisi daun ketum seberat 129 kilogram (kg).

“Selain itu, turut dirampas sebuah motosikal jenis Honda Wave, empat buah telefon bimbit, tiga buah beg, sebilah parang dan sebuah power bank,”katanya lagi.

“Keseluruhan hasil rampasan dianggarkan bernilai RM 60,320 dan kesemua suspek, bungkusan dan kenderaan telah diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya.

“TDM akan terus komited bagi memastikan keselamatan di sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan,”kata kenyataan itu lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat