90 pelajar sekolah tingkatan 4, sertai program pemantapan sahsiah di KKGP

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

GERIK – Seramai 90 orang pelajar Tingkatan 4 dari SMK Dato’ Ahmad, SMK Tan Sri Abdul Aziz dan SMK Sultan Azlan Shah, Lenggong dalam DUN Kota Tampan telah menyertai program Pemantapan Sahsiah: Ekspresi Dirimu (Remaja & Hala Tuju selepas SPM).

Menerusi kenyataan oleh KKGP memaklumkan, program ini julung kalinya diadakan secara kolaboratif oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Perak, Pejabat Pendidikan (PPD) Daerah Hulu Perak dan Kolej Komuniti Gerik (KKGP).

Perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Dato’ Salbiah Mohamed, di Dewan Al-Farabi Kolej KKGP pada Sabtu.

Dalam ucapannya, beliau berkata
gabungan tiga entiti ini bukan sahaja akan memperkasa kemampuan individu, malah memberikan input yang diperlukan untuk mencapai kesejahteraan sosial dan peluang pembelajaran dalam bidang Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) khususnya kepada anak-anak pelajar di Daerah Hulu Perak.

“Melalui kerjasama ini kita berhasrat untuk meningkatkan aksesibiliti latihan kemahiran kepada kumpulan sasaran serta menyediakan mereka dengan peluang yang lebih baik untuk menyambung pengajian dan memperoleh pekerjaan yang lebih stabil serta berdaya saing.

“Ini adalah usaha kita untuk memastikan tidak ada sesiapa yang ketinggalan dan semua individu berpeluang untuk memperbaiki taraf hidup mereka melalui pendidikan dan latihan yang berkualiti, ”katanya.

“Seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kerajaan negeri diharapkan kerjasama ini dapat menjadi model kejayaan dalam meningkatkan kualiti mutu pendidikan negara.

“Dengan menggabungkan sumber, kepakaran dan inisiatif dari ketiga-tiga entiti ini, kita dapat memperluas peluang pembelajaran, menyediakan latihan kemahiran yang relevan, mengatasi jurang pendidikan di kawasan-kawasan yang memerlukan serta menangani isu-isu yang berkaitan kanak-kanak dan remaja, ”katanya lagi.

“Sinergi ini diharapkan bukan sahaja dapat memperkukuhkan sistem pendidikan tetapi juga memperkaya pengalaman belajar para pelajar, seterusnya melahirkan generasi muda yang lebih berdaya saing dan berilmu tinggi, ” ujarnya.

“Program ini yang telah berlangsung pada 7-8 September lalu, turut mendapat sokongan daripada Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (P3K) Daerah Hulu Perak.

“Selain menanam minat pelajar dalam bidang TVET turut diadakan aktiviti motivasi seperti ceramah dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Parol Daerah Hulu Perak.

“Di samping itu, program ini memberi kesedaran kepada pelajar dari sudut pembentukan pemikiran dan tingkah laku positif serta pendedahan awal dalam bidang kemahiran yang mampu menarik minat mereka untuk belajar dan meneroka dunia TVET pada masa akan datang, ”kata kenyataan itu lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat