Patahkan tuntutan Sulu, bukti Sabah berdaulat – Arthur Kurup

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kemenangan Malaysia di Makahmah Agung Belanda ke atas rayuan kumpulan Sulu membuktikan Sabah berdaulat dalam Malaysia.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, kemenangan ini adalah berita baik buat seluruh rakyat di Sabah.

“Selain membuktikan Sabah berdaulat dalam Malaysia, ia sekali gus menamatkan tuntutan daripada Kumpulan Sulu yang Sabah tidak pernah iktiraf sejak dari awal lagi.

“PBRS menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan atas komitmen dan usaha Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu serius untuk memastikan segala tuntutan oleh pihak luar ke atas Sabah dapat dinoktahkan segera,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Arthur, kejayaan ini merupakan hadiah istimewa buat rakyat Sabah sempena Sambutan Hari Sabah dan Hari Malaysia 2024.

Kata beliau lagi, PBRS akan terus menyokong segala usaha daripada kerajaan untuk memastikan keselamatan dan kepentingan rakyat Sabah dan Malaysia dilindungi setiap masa.

“Terima kasih kerana sentiasa mempertahankan kedaulatan Sabah dalam Malaysia,” ucap beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat