Kementerian Luar ambil maklum kehadiran kapal peninjau China di ZEE, konsisten pertahan kedaulatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kementerian Luar mengambil maklum laporan baru-baru ini mengenai kehadiran sebuah kapal tentera laut asing berhampiran pelantar minyak luar pesisir di Malaysia.

Bagaimanapun, dalam kenyataan media pada Isnin, kementerian itu berkata, ia tidak dapat mengulas mengenai ketepatan atau butiran spesifik berkaitan pergerakan kapal tentera itu, kerana perkara itu berada di bawah pihak berkuasa operasi keselamatan dan pertahanan.

“Pendirian Malaysia mengenai Laut China Selatan kekal konsisten.

“Kami komited untuk mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan kami di kawasan maritim kami, seperti yang digariskan dalam Peta Malaysia 1979.

“Kedudukan ini selaras dengan undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982,” menurut kenyataan itu.

Sejajar dengan komitmennya untuk mengekalkan Laut China Selatan sebagai rantau keamanan, kestabilan dan perdagangan, Kementerian Luar berkata, Malaysia akan terus berhubung secara diplomatik dengan semua negara berkaitan.

“Kami kekal komited untuk menyelesaikan pertikaian melalui cara aman dan mematuhi prinsip yang digariskan dalam Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC), yang menekankan kepentingan mengelakkan ancaman atau penggunaan kekerasan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat