Wanita Diusir Dari Penerbangan, Didakwa Berpakaian Tidak ‘Semenggah’

- Advertisement -

SEORANG pemuzik wanita tular di TikTok selepas mendakwa telah dihalau dari penerbangan Alaska Airlines kerana mengenakan pakaian yang tidak sesuai.

Menerusi perkongsian video yang mengundang lebih 1.3 juta tontonan itu, Ray Lin Howard mendakwa dia dikasari anak kapal sebelum diiring keluar dari pesawat itu oleh polis.

Video tersebut turut memaparkan bagaimana Howard diiring polis, termasuk perbualannya dengan seorang pegawai polis lelaki.

Howard yang memakai seluar basikal dan kemeja T jenis ‘crop top’, mengakui pada mulanya dia menanggalkan baju sebaik berada di tempat duduk dan hanya memakai baju dalam sukan.

Namun selepas ditegur kru kabin, dia akur dan memakai semula baju, tapi ia masih menjadi isu dengan alasan perutnya terdedah.

“Kalau nak halau saya dari pesawat ini halaulah. Saya dah ikut semua arahan kamu,” demikian kata Howard kepada kru dan polis sebelum diiring keluar.

Menjenguk ke ruangan komen, insiden yang dilalui Howard ternyata mengundang pelbagai komen panas dan positif.

Rata-rata warganet mengecam tindakan kru penerbangan terbabit menyifatkannya sebagai ‘fatphobia’ dan diskriminasi saiz.

Malah sebahagian besar berpandangan, kalaulah Howard bukan seorang yang bersaiz besar, mungkin isu itu tidak akan timbul.

“Kalau perempuan saiz dua yang memakai baju yang sama, tak ada seorang pun yang akan sakit mata,’ komen seorang pengguna TikTok.

“Ini semua sebab anda berbadan besar. Ia memang tak OK,” tambah seorang lagi.

“Sudah berpuluh kali saya pakai ‘crop top’ ketika penerbangan tanpa masalah. Tolong jelaskan sikit diskriminasi saiz yang berlaku terang-terangan di sini?” ulas seorang lagi pembaca dalam nada marah.

– FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat