Mungkin Kena Beri Dos Penggalak – KJ

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melihat kemungkinan untuk memberikan dos penggalak dalam usaha menangani peningkatan mendadak kes di beberapa negeri di negara ini.

Ia susulan peningkatan kes COVID-19 di Sarawak biarpun kadar vaksinasi di negeri itu sudah melepasi 80 peratus ketika ini.

Menyifatkan ia berkemungkinan disumbangkan daripada penurunan keberkesanan vaksin selepas beberapa bulan pemberian vaksin dilaksanakan di negeri itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ia juga dapat juga dilihat di beberapa negara yang sudah mencapai imuniti kelompok dan jumlah pemberian vaksin yang tinggi seperti Singapura dan Israel.

Beliau berkata, beberapa negara juga sudah memulakan pemberian dos tambahan terhadap penduduknya.

“Kita sudah tentu tidak mengetepikan untuk memberikan dos penggalak. Saya sudah meminta laporan untuk cadangan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) minggu depan.

“Selepas itu, saya akan berbincang dengan kerajaan Sarawak mengenai strategi selepas itu.

“Namun, saya juga mahu menambah kerajaan Sarawak sudah mengambil langkah proaktif bermula semalam untuk memberikan vaksin kepada golongan remaja yang dilakukan dengan segera untuk memastikan liputan vaksinasi terhadap seluruh populasi meningkat,” katanya pada sidang media mingguannya, petang ini.

– Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat