Dua Lelaki Ditemui Lemas Dalam Kolam Tadahan Lombong

- Advertisement -

RAUB – Dua lelaki ditemukan lemas di kolam tadahan air Lombong Bijih Besi Batu Talam, Cheroh di sini.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi hari ini, seorang lelaki Cina berusia 53 tahun dan seorang warga Indonesia berusia 25 tahun yang merupakan pekerja lombong di situ maut dipercayai lemas setelah disedut oleh paip saluran keluar air di kolam tadahan tersebut.

Ketua Polis Raub, Superintenden Kama Azural Mohamed berkata, polis memperoleh maklumat daripada seorang saksi juga pekerja di situ yang dikenali sebagai Ismail memberitahu sebelum kejadian mangsa Siak Teck Wah telah menjalankan kerja membaiki salah sebuah kolam tadahan di lombong berkenaan berikutan air di situ keruh.

“Kira-kira 10 minit, saksi berkenaan mendengar jeritan seorang lagi rakannnya yang dikenali sebagai Amat mengatakan mangsa yang juga dikenali sebagai Ah Lok terjatuh ke dalam kolam tadahan berkenaan.

“Ketika tiba berdekatan kolam saksi nampak mangsa bersama dengan seorang lagi lelaki warga Indonesia dikenali dengan nama Adi Piter juga berada dalam kolam itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Kama Azural, saksi kejadian itu percaya kedua orang mangsa telah disedut oleh paip saluran keluar air di kolam tadahan tersebut sehingga menyebabkan keduanya lemas.

Beliau berkata, saksi kejadian itu segera keluar lalu menemui seorang lelaki keturunan India supaya membantu memaklumkan kepada pihak berkuasa.

“Balai Polis Cheroh telah menerima maklumat daripada Balai Bomba dan Penyelamat Raub pada pukul 11.20 tengah hari lalu empat orang anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Anggota bomba telah menjalankan gerakan mencari dan menyelamat pada pukul 12 tengah hari di kawasan tadahan air lombong sedalam lima meter itu milik syarikat ZCM Minerals Sdn. Bhd,” katanya.

Katanya, mayat mangsa pertama lelaki Indonesia ditemukan pada pada pukul 12.30 tengah hari, manakala pada pukul 1.15 tengah hari mangsa kedua, iaitu lelaki Cina juga ditemukan oleh anggota bomba di tempat yang sama,” katanya.

Ujarnya, kedua-dua mangsa lemas itu telah dibawa ke Hospital Raub untuk dibedah siasat.- Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat