Empat Lokaliti Di Pahang, Satu Di Sabah Dikenakan PKPD Bermula Ahad – MKN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Pahang dan Sabah bermula Ahad ini hingga 25 September.

Ketua Pengarah MKN Datuk Rodzi Md Saad berkata, antara dikenakan PKPD adalah dua perkampungan Orang Asli di Kuala Krau, Temerloh iaitu Kampung Pasu dan Kampung Penderas.

“Dua lagi lokaliti di Pahang membabitkan POS Sinderut, Mukim Ulu Jelai, Lipis dan Felda Keratong 5, Romping.

“Manakala di Sabah hanya satu lokaliti yang akan dikenakan PKPD iaitu Kampung Kopungit, Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD berkenaan adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

Selain itu, Rodzi berkata, PKPD di beberapa lokaliti di Kelantan dan Sabah akan ditamatkan seperti dijadualkan bermula esok.

Katanya, ia membabitkan Kampung Bayu Lalang; Kampung Banggol Kemian dan Kampung Repek, Pasir Mas di Kelantan manakala Kampung Debut, Ranau serta Kampung Tindai Kolopis, Penampang di Sabah.

Beliau berkata, keputusan menamatkan PKPD itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa Covid-19 di lokaliti berkenaan. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat