Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti, Undi 18 Akan Dibentang Di Parlimen – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan tujuh perkara akan dilaksanakan menerusi Tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan, antaranya pembentangan Rang Undang-Undang Anti-Lompat dan pelaksanaan Undi 18.

Perdana Menteri berkata, kesemua tujuh perkara tersebut merupakan persetujuan bersama Jemaah Menteri dalam mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Menurut beliau lagi, ia juga selaras dengan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu mengenai kepentingan pentadbiran kerajaan yang stabil dan dapat berfungsi secara biasa dalam keadaan negara menghadapi pelbagai krisis.

“Kerajaan berpandangan fokus dan keutamaan yang perlu diberikan oleh semua pihak pada ketika ini adalah terhadap kestabilan politik dan pentadbiran negara dalam memerangi Covid-19 serta pemulihan ekonomi.

“Tawaran ini juga bertujuan mewujudkan landskap politik baharu dengan melaksanakan transformasi dan pembaharuan dalam tatakelola pentadbiran kerajaan khususnya memperkasakan peranan institusi Parlimen.

“Pada masa yang sama, kerajaan komited untuk memperkenalkan lebih banyak transformasi dari semasa ke semasa,” katanya.

Berikut merupakan tujuh Tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri sebentar tadi;-

  1. Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.
  2. Pelaksanaan Undi-18 dalam tempoh terdekat. Justeru, satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan.
  3. Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.
  4. Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan Ahli Parlimen Kerajaan dan Ahli Parlimen Pembangkang.
  5. Setiap Rang Undang-Undang termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama.
  6. Ahli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan.
  7. Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri.
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat