PRN Sabah: Bersatu Umum Tanding 29 Kerusi, Satu Kerusi Akan Bertembung BN

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini mengumumkan 29 calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN).

Antara 29 yang diumum, satu kerusi bertindih dengan Barisan Nasional iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan manakala dua bertembung dengan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) iaitu di DUN Sook dan Tulid.

Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor ketika ditanya tentang perkembangan itu berkata, sehingga kini beliau tidak mendengar berita mengenai pengumuman kerusi mana-mana parti lain lagi.

Katanya, perbincangan mengenai agihan kerusi telah diadakan dengan BN sebelum Bersatu membuat pengumuman sebentar tadi.

“Untuk makluman saya tidak boleh jawab sebab saya tidak dengar berita ini, ada bincang (dengan BN sebelum ini),” katanya dalam sidang media mengumumkan calon-calon Bersatu bagi PRN Sabah di pejabat parti itu di sini.

Mengulas lanjut, Hajiji berkata, pihaknya berharap BN dan parti komponennya akan menarik diri bagi mengelakkan berlakunya pertindihan dengan Bersatu sekaligus memastikan kemenangan buat PN.

“Kita harap ia akan berlaku (BN akan undur diri,” katanya selain memaklumkan lebih 50 peratus calon daripada PN merupakan muka baru.

Untuk rekod, BN pagi tadi mengumumkan bakal bertanding di 31 kerusi DUN Sabah pada 26 September ini termasuklah Paginatan.

Parti komponennya, PBRS pula bertanding di lima kawasan iaitu Matunggong, Tandek, Kadamaian, Tulid dan Sook

Selain itu Presiden Star Datuk Jefrey Kitingan juga diumum sebentar tadi akan bertanding mewakili PN di DUN Tambunan. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat