CEO Felcra nafi tuduhan jual kilang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Felcra Berhad menafikan sebarang usaha untuk menjual mana-mana kilangnya seperti yang didakwa oleh engerusi Sekretariat Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard beberapa hari lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FELCRA Berhad, Datuk Idris Bin Lasim, tiada sebarang penjualan yang berlaku terhadap kilang-kilang tersebut dan ia masih kekal beroperasi seperti biasa.

“Tiada (juga) sebarang cadangan penjualan telah dikemukakan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan,” tambah Idris dalam satu kenyataan media yang diedarkan kepada media hari ini,” tambah Idris.

Idris turut menegaskan bahawa FELCRA Berhad akan terus memberikan komitmen untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memastikan bahawa kepentingan semua pihak yang terlibat sentiasa diutamakan demi memperkukuhkan kedudukan FELCRA Berhad dalam industri pengilangan hasil agrikomoditi seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara secara keseluruhan.

Sebelum ini Chegu Bard mendakwa beliau telah menerima dokumen dan bertembu beberapa individu yang menjadi sumber mendakwa proses penjualan kilang FELCRA sedang berlangsung.

Ini menimbulkan kenyataan balas Pengerusi Felcra Datuk Ahmad Jazlan Yaakub bersumpah tidak pernah menjual mana-mana kilang Felcra.

FELCRA Berhad merupakan sebuah syarikat korporat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan berada di bawah penyeliaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. FELCRA Berhad menjalankan beberapa aktiviti utama dalam perniagaannya yang berfokus kepada pembangunan luar bandar iaitu perladangan melalui program penyatuan dan pemulihan tanah (P&P).

Selepas 27 tahun dikorporatkan, ia telah berjaya mengagihkan melebihi RM8.11 billion agihan keuntungan kepada hampir 107 ribu orang peserta di seluruh Malaysia. Selain itu, FELCRA Berhad turut membangunkan tanah secara komersil serta menceburi bidang agromakanan.

FELCRA Berhad turut terlibat menjalankan operasi perkilangan dan kejuruteraan, termasuk pengoperasian kilang pemprosesan kelapa sawit. Sehingga kini, terdapat 5 buah kilang pemprosesan buah kelapa sawit yang beroperasi secara milikan penuh dan diuruskendalikan iaitu Kilang Sawit Seberang Perak – Perak, Kilang Sawit Maran – Pahang, Kilang Sawit Sungai Melikai – Johor, Kilang Sawit Bukit Kepong – Johor dan Kilang Sawit FELCRA Nasaruddin – Perak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat