Pembinaan fizikal LCS sedang berjalan – CEO LTAT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman mengesahkan pembinaan fizikal Kapal Tempur Pesisir (LCS) sedang dilaksanakan.

Bahkan jelas beliau, kos RM9 bilion untuk enam kapal di bawah kontrak asal bermakna harga satu kapal lebih kurang RM1.5 bilion.

Nazim memberitahu, sebahagian besar hull (badan) kapal-kapal tersebut dibina di Lumut Shipyard, Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Saya terlibat secara langsung dalam menggubal pelan pemulihan projek LCS bersama-sama Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan TLDM baru-baru ini.

“Saya sudah berkali-kali turun ke Lumut Shipyard yang terletak di dalam pengkalan TLDM dan melawat projek LCS.

“Saya boleh sahkan pembinaan fizikal kapal memang sedang berlangsung. Kalau naik bot ke Pangkor pun boleh nampak ‘hull’ kapal-kapal ini yang sebahagian besarnya sudah dibina,” jelas beliau.

Menurut beliau, di bawah kontrak sekarang, pembinaan keenam-enam kapal ini perlu dibuat dalam masa yang sama (concurrently).

“Bukan bina satu, deliver satu. Lumut Shipyard besar dan ada kapasiti untuk pembinaan enam kapal sekali harung.

“RM6 bilion dari nilai kontrak 9 bilion sudah dibayar. Kenapa bayar sampai 6 bilion, tapi progress pembinaan untuk lima kapal pertama hanya pada purata 55 peratus? Sebab RM6 bilion dibelanjakan untuk beli hampir kesemua peralatan yang perlu untuk bina enam kapal. Bulk order lebih murah berbanding beli satu-satu.

“Sebahagian besar perbelanjaan adalah untuk basic design dan detailed design yang dibuat oleh Naval Group, Perancis,” jelas beliau lagi.

Nazim memaklumkan, RM9 bilion untuk enam kapal di bawah kontrak asal bermakna harga satu kapal lebih kurang RM1.5 bilion.

Kata beliau, Egypt membelanjakan hampir RM1.9bilion untuk satu kapal LCS mereka yang dibuat di Perancis. UAE juga belanja hampir RM1.9bilion satu LCS. US bina LCS mereka pada harga RM2.4bilion sebuah sebab lebih canggih.

Nazim berkata, selepas kegagalan projek penswastaan pembinaan kapal-kapal Navy yang diberi kepada syarikat PSC satu ketika dulu, Boustead terpaksa mengambil alih syarikat ini demi menyelamatkan kerugian di seluruh rantaian kewangan dan ekonomi.

“Pengambilalihan ini termasuk hutang bank yang amat besar yang kini terpaksa ditanggung oleh Boustead Holdings dan Boustead Naval Shipyard.

“Maka sebahagian daripada wang LCS terpaksa digunakan untuk bayar hutang lapuk syarikat PSC ini. Maklumat ini ada dalam laporan PAC.

“Namun di sebalik bebanan ini, projek LCS yang dibina oleh syarikat BNS di Malaysia telah membuka peluang kerja teknikal dan kejuruteraan kepada hampir 3000 engineers, lebih 400 vendor tempatan dalam pelbagai bidang yang dengan nilai projek lebih RM4 bilion dan ribuan lagi pekerjaan di syarikat vendor ini.

“Projek ini terhenti pada tahun 2019 atas pelbagai sebab tetapi Kabinet pada April 2022 telah memutuskan untuk menyambung semula pembinaan projek ini berdasarkan opsyen yang paling murah.

“Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira tiga opsyen. Tiga opsyen termasuk pelan penstrukturan semula BNS ini diteliti oleh pihak kerajaan di pelbagai peringkat termasuk Jawatankuasa Kabinet yang mengambil masa selama 8 bulan,” jelasnya

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat