Nana tertekan bawa watak berat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Biarpun semakin selesa bergelar pelakon, namun, Siti Nordiana, 38, tetap mengutamakan dunia nyanyian yang diceburi hampir dua dekad lalu.

Tidak dinafikan, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana menerima banyak tawaran lakonan selepas drama lakonan seperti Dia Semanis Honey, Cekelat Semanis Honey dan Satukan Rasa menjadi perhatian.

Namun, komitmennya dalam bidang nyanyian tidak mampu ditolak ketepi. Malah, kini, penampilannya sebagai pelakon tidak kerap seperti dahulu, sekali gus menimbulkan persepsi memilih naskhah.

Nana berkata, dia lebih cenderung kepada dunia nyanyian berbanding lakonan.

“Jika diikutkan, kerjaya utama saya adalah penyanyi. Ada ketika, saya ambil banyak tawaran lakonan disebabkan tiada single

baharu yang mahu dikeluarkan.

“Jadi, kini kerjaya lakonan saya agak perlahan pula disebabkan saya mempunyai komitmen dengan single baharu.

“Sebenarnya lakonan hanyalah satu bonus buat saya. Dalam setahun, saya hanya boleh menjayakan dua drama sahaja untuk tatapan peminat yang mahu melihat saya di kaca televisyen,” katanya kepada BH Online.

 

Nana kali pertama bergandingan dengan Sham Visa menerusi drama Selamanya Suri Cinta siaran TV9.
Nana kali pertama bergandingan dengan Sham Visa menerusi drama Selamanya Suri Cinta siaran TV9.

 

Penyanyi Wanita Popular dan Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 itu ditemui menerusi sidang media drama terbaharu, Selamanya Suri Cinta yang bersiaran di TV9 sejak 15 Julai lalu.

Berkongsi drama 20 episod terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd itu, Nana yang menjayakan watak Wanda Nurhayati berkata, agak sukarnya buatnya menjayakan watak wanita tertekan.

“Wanda berbeza dengan watak yang pernah dilakonkan. Karakternya jauh berbeza dengan saya.

“Wanda garang, ego, dominan dan tegas. Melakonkan watak Wanda menuntut banyak emosi yang kuat perlu dikeluarkan.

“Kerana Wanda perlu menunjukkan tekanan apabila dikhianati suami, anak-anak serta rakan baiknya. Jadi, memang susah mahu menjiwai watak Wanda.

“Selain itu, saya kena menjerit, pukul anak dan sebagainya. Jujurnya, saya pening kepala menjayakan babak berat setiap hari,” katanya.

Namun, atas kerjasama dan bantuan barisan pelakon lain, Nana berjaya membawa watak Wanda dengan baik.

Drama Selamanya Suri Cinta arahan Zamri Zakaria dan skrip ditulis oleh Azilah Wahab, Ramlah Rashid, Hasnita Hamidi dan Haslizawaty Hassan.

Selain Nana, ia turut menampilkan Sham Visa, Farahdhiya dan Fahrin Ahmad. Drama berkenaan ditayangkan setiap Khamis dan Jumaat, jam 9.30 malam di TV9.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat