Lakaran Pencapaian Setahun Ismail Sabri Kemudi Keluarga Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menjelang ulang tahun pertama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengemudi kerajaan pada 21 Ogos ini dapat disenaraikan lakaran pencapaian dan kejayaan yang diciptanya buat Keluarga Malaysia bersandarkan pendekatan ekonomi responsif, bertanggungjawab dan reformis.

Kerajaan responsif dari segi membantu rakyat dan perniagaan untuk bangkit semula malah kerajaan juga bersifat bertanggungjawab bagi memastikan kesemua dasar-dasar kerajaan adalah tepat dan cepat, tanpa mengorbankan potensi pertumbuhan ekonomi akan datang.

Juga sikap reformis juga diterapkan sebaik mungkin, bagi memastikan isu-isu struktur ditangani bagi membina daya tahan masa depan.

Menyorot dasar ekonomi kerajaan Ismail Sabri yang responsif berjaya memulihkan ekonomi Malaysia.

Semenjak suku keempat 2021, ekonomi Malaysia terus menunjukkan pemulihan yang kukuh dan telah kekal berdaya saing. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran sejak Ogos 2021, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terus menunjukkan pemulihan sebanyak 3.6 peratus pada suku tahunan 2021, di susuli pertumbuhan KDNK 5.0 peratus pada suku tahunan 2022.

Ini disokong oleh beberapa indikator ekonomi yang memberangsangkan seperti prestasi perdagangan borong dan runcit yang terus mengukuh, perdagangan luar (import dan eksport) dan aliran masuk pelaburan langsung asing bersih (FDI).

“Perdagangan borong dan runcit meningkat 19.9 peratus tahun ke tahun kepada RM129.8 billion, disokong oleh Ini jualan perdagangan runcit (29.9 peratus), kenderaan bermotor (20.1 peratus) dan perdagangan borong (11.7 peratus).

” Jumlah perdagangan luar melebihi RM2 trilion pada 2021 dan merupakan kadar pertumbuhan terpantas sejak 1994. Perdagangan luar meningkat 43.3 peratus tahun ke tahun kepada RM270.4 bilion pada bulan Jun, bulan ke-17 pertumbuhan dua angka (sejak Februari 2021).

“Bahkan aliran masuk FDI bersih untuk 2021 ialah RM48.1 bilion, mengatasi tahun-tahun sebelum wabak Covid-19. Malah bagi suku tahunan 2022 sahaja, nilai ini adalah hampir separuh bagi keseluruhan tahun 2021, iaitu melebihi RM24 bilion.

Perkembangan ini mencerminkan keyakinan komuniti pelabur antarabangsa terhadap dasar Kerajaan Keluarga Malaysia serta prospek pertumbuhan ekonomi negara.

Pencapaian dasar ekonomi kerajaan Ismail Sabri yang responsif berjaya memulihkan ekonomi. Secara keseluruhan, negara kekal di landasan pemulihan yang kukuh, dan kerajaan yakin Malaysia akan mencapai unjuran pertumbuhan KDNK 5.3 hingga 6.3 peratus bagi tahun 2022.

Selain itu, melalui pelbagai inisiatif kerajaan termasuk JanaKerja (2021) dan JaminKerja (2022), pasaran buruh terus menunjukkan kadar pengangguran yang menurun.

“Pada tahun 2021, kerajaan menyasarkan penciptaan pekerjaan sebanyak 500,000, tetapi 558,633 pekerjaan telah dicipta melalui pelbagai inisiatif merangkumi pendekatan senegara (whole-of-nation approach). Agensi Kementerian Kewangan (MOF), Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Antara Agensi Nasional (LAKSANA) memantau rapat pelbagai inisiatif penciptaan pekerjaan.

“Berbanding kadar tertinggi 5.3 peratus pada Mei 2020, kadar pengangguran pada bulan April dan Mei 2022 telah kekal pada tahap 3.9 peratus, lebih rendah berbanding unjuran tahun ini iaitu 4 peratus.

“Upah dan gaji bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan swasta yang terus memulih, jelas menggambarkan situasi permintaan bagi barangan dan perkhidmatan bagi sebuah ekonomi yang terus pulih dan berkembang.

Dalam kalangan negara-negara ASEAN, Singapura, Brunei dan Filipina menghadapi kos sara hidup yang lebih tinggi daripada Malaysia.

Manakala kos sara hidup Malaysia lebih tinggi daripada negara ASEAN yang lain seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam. Namun, perbezaan kos sara hidup ini tidak melebihi 5 peratus.

Tidak mungkin impak inflasi dapat diatasi sepenuhnya. Perkara yang penting, usaha berterusan kerajaan dalam mengawal harga barangan keperluan telah membantu mengurangkan impak kenaikan kos sara hidup dalam negara.

Impak paling memberikan kesan ialah bantuan banjir 2022 yang mencerminkan sikap reponsif dan bertanggungjawab kerajaan.

Pada awal tahun ini juga, Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang merupakan pakej bantuan yang holistik dan menyeluruh dengan nilai terbesar dalam sejarah, iaitu melebihi RM1.4 billion (dijangka mencecah RM2 billion).

Subsidi 2022 hampir mencecah RM80 bilion, perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dijangka meningkat dengan ketara berbanding anggaran Bajet 2022 sebanyak RM332.1 bilion.

Ini disebabkan oleh peningkatan subsidi dan bantuan sosial yang mendadak, di mana jumlah keseluruhan dijangka akan mencecah RM77.7 bilion, jauh lebih tinggi berbanding jumlah RM31 bilion semasa Bajet 2022 dibentangkan.

Langkah ini diambil untuk mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup bagi seluruh Keluarga Malaysia ekoran kenaikan harga komoditi dunia.

Kerajaan terus memberi pelbagai bantuan dan subsidi kepada rakyat: Kerajaan telah memperkenalkan subsidi baharu yang tidak termasuk dalam Bajet 2022, iaitu bagi ayam dan telur serta elektrik.

Manakala bagi petrol, diesel dan LPG, anggaran keperluan subsidi tahun ini adalah RM37.3 bilion, berbanding RM13.2 bilion pada tahun lepas.

” Anggaran subsidi minyak masak telah mencecah RM4 bilion, berbanding RM2.2 billion (2021); subsidi kepenggunaan lain, anggaran perbelanjaan adalah RM9.7 bilion berbanding hanya RM1.1 bilion tahun lepas.

” Bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), seperti yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, BKM Fasa 2 telah ditambah baik dengan Bantuan Tunai Tambahan bernilai RM 630 juta, dengan jumlah peruntukan keseluruhan BKM sebanyak RM8 bilion.

“BKM yang ditambahbaik membuktikan keprihatinan Kerajaan terhadap golongan yang memerlukan dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat serta merancakkan ekonomi melalui aktiviti perbelanjaan.

BKM 2022 juga merupakan bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah. Sebagai perbandingan, kadar maksimum BKM adalah RM2,600 berbanding Bantuan Rakyat 1 Malaysia (atau BR1M) sebanyak RM1,200 ringgit dan Bantuan Sara Hidup (atau BSH) sebanyak RM1,480.

Ramai individu dan perniagaan hilang punca pendapatan semasa pandemik. Bantuan Kerajaan dari segi geran, pembiayaan mudah, penciptaan pekerjaan dan sebagainya telah berjaya membantu mereka bangkit semula dengan kadar segera bagi memanfaatkan pemulihan ekonomi ekoran sempadan yang dibuka semula.

Apa yang penting, bagi rakyat atau perniagaan yang tekad berusaha, bantuan kerajaan sentiasa akan bertemu mereka di pertengahan jalan (meet halfway) dan kadangkala hampir seluruh perjalanan, bagi membantu mereka pulih dan berkembang semula.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat