Polis Tahan Ahli Perniagaan, Juruteknik

- Advertisement -

SUNGAI PETANI: Polis menahan ahli perniagaan dan juruteknik yang dipercayai membuat komen menghina Menteri Besar Kedah di laman sosial Facebook, milik seorang pemimpin politik, baru-baru ini.

Kedua-dua individu berusia 45 dan 52 tahun terbabit ditahan dalam serbuan berasingan di Mergong dan Hutan Kampung, Alor Setar, petang tadi.

Menurut sumber, polis melakukan serbuan pertama di rumah ahli perniagaan terbabit pada jam 5.30, manakala juruteknik terbabit ditahan di rumahnya pada jam 6.15 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku menulis dan meninggalkan komen menghina Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor di laman sosial pada bulan lalu.

“Mereka ditahan kerana didapati membuat komen di laman sosial bertujuan mengaib dengan niat memecah keamanan.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas telefon bimbit milik dua suspek terbabit untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

– Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat