810 Premis Kilang, Perniagaan, Tapak Pembinaan Dan Asrama Pekerja Diarah Tutup Serta Merta – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Sebanyak 810 premis yang melibatkan sektor perkilangan, premis perniagaan, tapak pembinaaan dan asrama penempatan pekerja telah diarah tutup serta merta kerana melanggar SOP.

Tegas Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, apabila kemudahan beroperasi diberikan, sepatutnya tiada alasan untuk mana-mana premis ingkar SOP – besar risikonya terhadap keselamatan negara terutama dalam konteks penularan COVID-19.

“Sebagai Menteri Kluster Keselamatan, saya perlu tegas dalam soal pematuhan SOP oleh premis-premis yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan PPN ini.

“Sejak ambil alih tugas ini, setiap hari saya terima laporan daripada Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM – dalam seminggu lebih ini sahaja 810 PREMIS DIARAH TUTUP SERTA MERTA kerana ingkar SOP!.” tegasnya lagi.

Jelas beliau lagi, mengenakan tindakan bukan kemahuan saya mahupun PDRM. Tetapi jika premis sendiri tidak bertanggungjawab, maka mereka perlu tanggung akibatnya.

Dalam pada itu, Hisammuddin berterima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, DS Hamzah Zainudin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan SOP COVID-19 serta Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) kerana bertungkus-lumus menjalankan penguatkuasaan di seluruh negara. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat