Asri Janggut Adakan Pertemuan Dengan KPN

- Advertisement -

Cyberjaya – Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengadakan pertemuan ‘empat mata’ dengan pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, petang tadi.

“Terima kasih saudara Asri, Pengasas Hot Burger kerana sudi hadir ke pejabat saya. Polis dan masyarakat berpisah tiada,” ujar Abdul Hamid sebentar tadi.

Mohd Asri yang dikenali dengan panggilan Asri Janggut pada Sabtu memuatnaik tiga siaran langsung di Facebook mengenai kewujudan beberapa premis judi di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh.

Melalui siaran tersebut, dia turut mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.

Rentetan itu Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar mengadakan satu sidang akhbar tergempar, sambil manafikan dakwaan tersebut.

Shafa’aton turut berkata akan memanggil Mohd Asri bagi membantu siasatan kerana mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.

Pihak polis juga telah membuat satu laporan polis bagi menafikan kewujudan beberapa premis judi di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh yang didedahkan Asri Janggut itu.

Berita Lanjut Menyusul

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat