Datuk M Noor Azman Dilantik Ketua Setiausaha KBS Yang Baharu

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali hari ini mengumumkan perlantikan Datuk M Noor Azman Taib sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Noor Azman, 49, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Sains Sosial (Pengajian Bandaran) Universiti Malaya dan Ijazah Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 24 tahun dengan jawatan yang pertama sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pengangkutan. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) di KBS dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) di Kementerian Wilayah Persekutuan.

Mohd Zuki selepas menyerahkan watikah perlantikan yakin dengan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan serta kredibiliti Noor Azman dalam menjayakan wawasan Kementerian Belia dan Sukan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat