Bintang Gusti Kamala, Meninggal Dunia

- Advertisement -

SUKAN gusti kehilangan seorang bintangnya hari ini apabila Kamala – yang popular pada era 80-an, meninggal dunia hari ini pada usia 70 tahun.

Kamala atau nama sebenarnya James Haris adalah bintang gusti WWE satu era dengan Hulk Hogan, Andre The Giant dan setaraf.

Walaupun sepanjang kariernya dia digambarkan sebagai datang dari puak pemburu kepala dari Uganda, mendiang sebenarnya lahir di Mississippi, Amerika Syarikat, Kamala mula bergusti pada tahun 1978 dan menyertai WWE (nama lama WWF) pada tahun 1984.

Bercakap tentang Andre The Giant, Kamala adalah antara beberapa penggusti sezamannya yang berjaya mengangkat lelaki seberat 235.9 kg dan tinggi melebihi 2 meter itu.

Walaupun WWE adalah sukan berbentuk hiburan – dengan segalanya telah diatur terlebih dahulu, keupayaan mengangkat manusia sebesar itu adalah perkara yang benar-benar berlaku.

Punca kematian Kamala tidak diketahui setakat ini tapi mendiang diketahui mengalami banyak masalah kesihatan dengan kedua kakinya difahamkan telah dipotong – Twitter

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat