TMJ Tak Faham Perlembagaan Kata Khairuddin

- Advertisement -

Cyberjaya – Penyokong tegar Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Khairuddin Abu Hasan menyelar Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Tengku Ibrahim yang didakwanya sebagai mencampuri hal ehwal politik negara ini.

Khairuddin yang juga merupakan antara pengasas utama parti Bersatu dalam kenyataan hari ini berkata, tindakan Tengku Ismail yang juga dikenali sebagai TMJ itu bertentangan dengan peelembagaan negara.

“Saya harap TMJ belajar dan berdisiplin untuk tidak mencampuri hal ehwal politik negara.

“Adalah sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan negara untuk beliau mencampuri mengenai isu-isu politik.

“Takkan TMJ tak faham perlembagaan?Sungguh tidak tepat serta tidak molek untuk TMJ berterusan membuat kenyataan-kenyataan yang berbaur politik,” tegasnya.

Terdahulu, TMJ tampil mengkritik politik negara, berkenaan masalah yang dihadapi oleh rakyat negara ini.

Melalui laman Instagram miliknya, dilihat mengeluarkan kenyataan sinis terhadap orang tertentu yang disifatkan sebagai gila kuasa di saat negara ketika ini memerlukan kestabilan untuk memperbaiki ekonomi bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Paling menarik kenyataan tersebut dikeluarkan sejurus selepas pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai parti yang bakal ditubuhkannya.

Khairuddin yang juga bekas penyelaras Parlimen Jasin turut mengingatkan TMJ bahawa pihaknya bersama dengan Tun Dr. Mahathir sedang berusaha menstabilkan politik negara ini seterusnya membina Malaysia Baharu demi untuk kesejahteraan semua.

“Kami sedang lawan semula unsur-unsur kleptokrasi yang sedang kembali dalam senario politik mutakhir tanahair.

“Budaya kleptokrasi wajib ditentang secara total dan tidak boleh dibiar untuk berakar semula,” tambahnya lagi. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat