Jawatan Pengerusi Bersatu Akan Dihapuskan

- Advertisement -

CYBERJAYA- Jawatan pengerusi Bersatu yang sebelum ini disandang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad akan dimansuhkan daripada struktur parti.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata hanya seorang pemimpin tertinggi dalam parti yang diperlukan.

“Ya, insya-Allah (jawatan pengerusi akan ditiadakan) sebab kita sudah nampak masalahnya.

“Kapal perlu ada seorang nakhoda saja (there must be one captain in a ship). Jawatan itu akan dilupuskan,” katanya ketika sidang media di Parlimen, hari ini.

Dia berkata demikian ketika menjawab konflik antara Mahathir dengan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Mengikut perlembagaan Bersatu, jawatan tertinggi ialah pengerusi. Ia pernah menjadi pertikaian dan konflik ketika Muhyiddin membawa parti berkenaan untuk bekerjasama dengan UMNO, PAS dan BN.

Redzuan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) berkata, mesyuarat akan dibuat untuk meminda perlembagaan parti.

Bagaimanapun, dia tidak menyatakan tempoh tertentu berhubung pindaan berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat