Tun Faisal terbuka jadi calon tapi minta PN utamakan tokoh tempatan

- Advertisement -

SEREMBAN – Tun Faisal Aziz tidak menolak sekiranya Perikatan Nasional (PN) menawarkan kerusi untuk ditandinginya pada Pilihan Raya di enam negeri Ogos ini.

Bagaimanapun beliau mencadangkan adalah lebih baik sekiranya parti mengutamakan tokoh tempatan yang telah lama berbakti di sesuatu Dewan Undang Negeri (DUN).

Menurut bekas Timbalan Ketua Umno Putrajaya yang kini ahli Bersatu, beliau sebolehnya ingin mengelak menjadi calon ‘payung terjun’.

“Calon ‘payung terjun’ itulah satu lagi yang saya cuba nak elak, sebab saya percaya di setiap kawasan mesti ada pemimpin dan tokoh tempatan dan saya bukan jenis orang yang masuk kawasan ganggu gugat.

“Melainkan kalau kata saya benar-benar diperlukan… mungkin mereka rasa ada kemahiran saya, ada kepakaran saya, ada kelebihan saya yang boleh membantu pengundi dalam kawasan itu.

“Saya tidak menjurus sangat ke arah itu (jadi calon) melainkan kalau kata ada permintaan daripada kepimpinan ataupun orang di kawasan itu,” ujarnya kepada media malam tadi selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, Tun Faisal menyatakan sekiranya beliau diberi amanah dan tawaran ia tidak akan ditolak.

“Kalau diberi amanah, diminta, kalau dah ditawarkan saya rasa saya tak boleh lari daripada tanggungjawab.

“Itulah selagi ada pemimpin, tokoh tempatan saya rasa lebih baik beri kepada mereka sebab mereka dah lama buat kerja di situ,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat