Orang Umno pun jijik nak undi DAP – Tun Faisal

- Advertisement -

SEREMBAN – Bekas Timbalan Ketua Umno Putrajaya, Tun Faisal Aziz mendakwa ramai ahli Umno berasa jijik untuk undi DAP.

Beliau yang semalam sah menjadi ahli Bersatu mengucapkan terima kasih kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana telah membebaskan beliau daripada kerja-kerja menyucikan DAP.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Presiden (Umno) kerana membebaskan saya daripada mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kerana memang kita ada masalah untuk angkat beliau sebagai Perdana Menteri.

“… keduanya membebaskan saya daripada menyucikan DAP dan juga Pakatan Harapan (PH) yang didalamnya bergelumang orang-orang yang liberal, sekular.

“Saya tak tahu saya nak letak diri saya di mana, mungkin Lokman Adam boleh menyucikan DAP tapi itu bukan kerja saya, itu bukan perjuangan saya dan saya rasa itu bukan jiwa saya bahkan saya rasa ramai dalam Umno sendiri masih rasa jijik untuk undi DAP,” kata beliau semalam kepada media selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Tun Faisal turut mengakui beliau masih setia dengan Umno tapi bukan Umno yang sekarang.

“Saya memang setia kepada perjuangan Islam dan ummah, saya setia kepada pemimpin yang tidak khianat kepada parti
saya setia kepada Umno tapi bukan Umno yang sekarang.

“(Setia) Umno yang lama, Umno yang perjuangannya agama, bangsa dan negara bukan perjuangan untuk membebaskan, untuk menyelamatkan individu, perjuangan menyokong individu yang ada masalah integriti dan bukan pemimpin Umno sekarang yang terpaksa menyucikan DAP.

“Setia saya setia bertempat, setia saya bukan kepada pemimpin pengkhianat,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat