PDRM Berjaya Jejaki, Sekat Pemindahan RM28.3 Juta Ke Akaun Scam Luar Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menjejaki dan menyekat wang sebanyak RM28.3 juta daripada dipindahkan ke akaun bank di luar negara, susulan laporan kes penipuan emel (business email compromise) pada Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yusof berkata, berdasarkan siasatan, sejak Januari lalu syarikat mangsa telah berurusan dengan sebuah syarikat di luar negara untuk mendapatkan gas petroleum cecair (LPG).

“Pihak syarikat terbabit telah menerima emel dari wakil syarikat pembekal yang mengarahkan pembayaran dibuat ke akaun yang baharu pada 22 Jun lalu.

“Percaya dengan arahan yang diberikan, mangsa telah membuat pembayaran ke akaun tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ramli berkata, mangsa hanya menyedari telah ditipu apabila syarikat pembekal yang sebenar memaklumkan mereka masih tidak menerima pembayaran.

“Bertindak atas maklumat, PDRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan institusi kewangan terlibat telah menjejaki wang tersebut dan berjaya menyekat sejumlah RM28,361,636.68 dari dipindahkan ke akaun bank di luar negara,” katanya.

Beliau berkata, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Sebagai langkah pencegahan, masyarakat khususnya ahli perniagaan yang menggunakan emel dalam urusan seharian diingatkan agar sentiasa berhati-hati.

“Pastikan emel yang diterima adalah daripada pihak pembeli atau penjual yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai perlu berwaspada sekiranya terdapat arahan berkaitan perubahan akaun bank bagi tujuan pembayaran.

“Sebaiknya, hubungilah syarikat penjual, pembeli melalui panggilan telefon bagi mendapatkan pengesahan berkenaan perubahan akaun tersebut,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat